BE LADIES SHOES(HANDMADE) FANS...

Rabu, 16 Februari 2011

KASUT WITH LABEL



sesiapa yang teringin memiliki kasut with label sendiri,anda boleh menempah kasut dan memberi label nama/butik anda kepada kami....Dengan ini ,kasut anda akan tampak lebih ekslusif..Dan anda tentunya berbangga kerana memiliki kasut brand sendiri....

Jumaat, 11 Februari 2011

TIPS MEMILIH KASUT PENGANTIN

Entry saya kali ini adalah mengenai tips memilih kasut pengantin.Ramai bakal raja sehari yang memandang remeh hal kasut pengantin ni....

Memakai pakaian indah ditambah solekan menarik, siap hiasan di kepala yang menawan tidak akan cukup sempurna jika perkara lain tidak diambil kira terutamanya kasut untuk dipakai kala majlis pernikahan mahupun bersanding.

Terlupa tentang kasut di hari bahagia? Memanglah anda telah melakukan satu kesilapan besar. Sebagai raja sehari anda menjadi tumpuan lirikan manja tetamu daripada hiasan kepala hinggalah ke kaki bahkan pemerhatian akan menjalar pula kepada hantaran dan apa jua yang berkaitan dengan pengantin. Jadi anda seharusnya tidak melupakan tentang kasutpengantin meskipun ianya hanya sesuatu yang kecil di hujung kaki yang kadang kala tersembunyi di belakang kain pengantin.

Elakkan daripada membeli kasut di saat-saat akhir kerana ia mungkin memburukkan keadaan. Dalam keadaan tergesa-gesa pastinya sukar untuk mendapatkan yang terbaik. Akibatnya kasut yang dipilih akan menjadi seperti tangkap muat sahaja asalkan pengantin tidak berkaki ayam.


 

Panduan Kasut Perkahwinan

Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan.

Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki.

Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.

Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.

Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakian pengantin akan menggunakan cebisan fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.

Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup.

 

Sabtu, 5 Februari 2011

ZAINOL AGAINS!!!


THANKS TO ZAINOL......
New order 4rom zainol..kasut nie die nk bwk balek ke manjung,perak.ada wedding kat sana....silalah menjamu mata yer...
Chantek-Chantek Online Agent