BE LADIES SHOES(HANDMADE) FANS...

Isnin, 18 Ogos 2014

PAKEJ KATERING ( SYAWAL )

Sempena musim raya aidilfitri tahun 2014 ini,kami di syarikat Sariz Global Resources menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis - majlis rumah terbuka ( Open House ).. Bagi yang sibuk bekerja,tiada masa untuk memikirkan menu - menu hidangan..jangan risau..kami mempunyai pakej - pakej berserta menu - menu yang sedap & menarik...

Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan..boleh hubungi melalui call / sms / whatsapp 0173190689










Selasa, 1 April 2014

Assalamualaikum semua..

Alahai..lame sungguh x update blog ni...berjam2 nk explore balek..maklum la last entry pon tahun 2011..ha kan..da 3 tahun x sentuh blog ni...mahu pening dibuatnye sbb dah tak sama mcm dulu..huhuhu...takpe..usaha tangga kejayaan piah..chaiyok!chaiyok! Akhirnya aku dapat gak setelah try & error berkali2..

ok..entry kali ni..nak citer pasal "Bengkel Jom Hebat Superstar" yg julung kalinye diadakan di Kemunting Beach Resort Melaka (venue telah ditukar) anjuran ibuk zeti hafiza.. dah tentunye pengisian pasal bisnes Shaklee ni..



sebut pasal SHAKLEE ni..aku join shaklee baru je..bulan januari 2014..so baru 2 bulan..still young lg dlm Shaklee ni..byk ilmu & aura positif yg 'disedut' time bengkel hebat ni..bengkel kali ni fokus pd BLOG..(tu yg dtg aura nk tulis blog semula ni..hehe)..thanks pd SIFU blogger kita...En Faiz Saaid & Pn Ainul Mustafa diatas ilmu & pengalaman yg dikongsi..


tapi sayang sgt sbb x dpt nk join sampai abes bengkel sbb ada komitmen lain..btw,thanks to my bf anor coz sanggup tunggu aku kt melaka sentral walaupon aku lambat..

p/s: ibuk..bila kita nk bercoaching ni ..huhuhu

Isnin, 13 Jun 2011

Tips Memilih Dan Menjaga Kasut Pengantin..

Assalamualaikum semua...wah..lama sungguh tak update blog ni..maklumla sekarang ni aktif berfesbuk sampai dah tak larat nk update blog..Entry kali ni mengenai tips memilih dan menjaga kasut pengantin..

"Khas untuk hari persandingan, elak memilih kasut yang terlalu tinggi tumitnya lebih-lebih lagi jika pasangan anda memiliki ketinggian yang sama dengan anda..kerana anda akan kelihatan lebih tinggi dan tidak menarik di dalam gambar..Lebih-lebih lagi jika anda tidak biasa memakai kasut seperti ini anda akan kelihatan kekok dan letih.Sebaiknya pilih kasut yang memberi keselesaan kepada anda sepanjang hari persandingan..."


"Untuk menjaga hayat kasut perkahwinan anda yang ditempah serona dengan baju persalinan, sebaiknya elak dari terkena hujan atau air. Lebih -lebih kasut yang menngunakan fabrik seperti kain renda(lace), songket dan sebagainya.."

Sekian entry saya untuk kali ini..Semoga berguna untuk bakal2 pengantin yang sedang mencari kasut pengantin...hehehehe..:)

Khamis, 17 Mac 2011

NEW PRODUK!!!SANDAL 4 BRIDE



Poduk keluaran terbaru dari kami...SANDAL...Ramai yang bertanya pasal kami tak buat sandal ker???Dah lama nak buat tapi baru sekarang berkesempatan...Ini pun URGENT ORDER dari customer....Kalau berminat bole tampah yer...

Sabtu, 5 Mac 2011

PIC UPDATE!!!!


WOW!PINK KALER..!!!!!!I LIKE!!!!SIAP BERMANIK-MANIK LAGI TUE...INI SALAH SATU DESIGN YANG SESUAI UNTUK KAIN YANG BERMANIK....ENJOY OK....

Rabu, 16 Februari 2011

KASUT WITH LABEL



sesiapa yang teringin memiliki kasut with label sendiri,anda boleh menempah kasut dan memberi label nama/butik anda kepada kami....Dengan ini ,kasut anda akan tampak lebih ekslusif..Dan anda tentunya berbangga kerana memiliki kasut brand sendiri....

Jumaat, 11 Februari 2011

TIPS MEMILIH KASUT PENGANTIN

Entry saya kali ini adalah mengenai tips memilih kasut pengantin.Ramai bakal raja sehari yang memandang remeh hal kasut pengantin ni....

Memakai pakaian indah ditambah solekan menarik, siap hiasan di kepala yang menawan tidak akan cukup sempurna jika perkara lain tidak diambil kira terutamanya kasut untuk dipakai kala majlis pernikahan mahupun bersanding.

Terlupa tentang kasut di hari bahagia? Memanglah anda telah melakukan satu kesilapan besar. Sebagai raja sehari anda menjadi tumpuan lirikan manja tetamu daripada hiasan kepala hinggalah ke kaki bahkan pemerhatian akan menjalar pula kepada hantaran dan apa jua yang berkaitan dengan pengantin. Jadi anda seharusnya tidak melupakan tentang kasutpengantin meskipun ianya hanya sesuatu yang kecil di hujung kaki yang kadang kala tersembunyi di belakang kain pengantin.

Elakkan daripada membeli kasut di saat-saat akhir kerana ia mungkin memburukkan keadaan. Dalam keadaan tergesa-gesa pastinya sukar untuk mendapatkan yang terbaik. Akibatnya kasut yang dipilih akan menjadi seperti tangkap muat sahaja asalkan pengantin tidak berkaki ayam.


 

Panduan Kasut Perkahwinan

Tentukan belanja yang diperuntukkan untuk membeli kasut pengantin. Peruntukan memainkan peranan yang besar dalam menentukan jenis kasut pengantin anda. Jika peruntukannya agak tinggi, anda bolehlah menempah khas tetapi kalau terhad, ada banyak kedai kasut yang menjual kasut yang sesuai pada harga yang berpatutan.

Utamakan keselesaan kerana pengantin tidak seharusnya berjalan terjengket-jengket, lebih lebih lagi jika majlis diadakan di dewan atau hotel. Untuk mengelakkan kaki melecet, eloklah kasut itu dicuba pakai semasa di rumah supaya ianya lebih serasi. Ataupun, pakailah losyen untuk melicinkan bahagian tumit kaki.

Pentingkan seri atau keanggunan kasut tersebut. Ianya mestilah cantik dan menimbulkan rasa puas terhadap sesiapa yang memandangnya.

Ketinggian kasut juga harus diambil kira kerana ia mestilah sesuai dengan ketinggian pasangan. Tentu tidak padan jika pengantin perempuan yang tinggi lampai mengenakan kasut bertumit tinggi sehingga melebihi ketinggian pengantin lelaki.

Seelok-eloknya kasut pengantin sepadan dengan fabrik baju pengantin. Setengah pereka fesyen yang menjahit pakian pengantin akan menggunakan cebisan fabrik pakaian sebagai hiasan kasut. Ini akan menimbulkan keseragaman ke atas keseluruhan penampilan pengantin. Jika baju pengantin itu disewa, mungkin pengantin boleh memilih kasut berwarna emas atau perak, bergantung kepada warna baju pengantin.

Pilih rekaan kasut yang bersesuaian dengan bentuk kaki anda. Bukan semua orang sesuai memakai kasut yang terbuka. Lebih selamat dan untuk menutup parut-parut yang mungkin ada di bahagian kaki terutama di bahagian jari-jemari, pilihlah kasut yang tertutup.